Saturday, January 29, 2011

Resepi dari kilang matkeli!!!

Ikan keli salai masak lemak cili api

Bahan-bahannya:
Ikan keli salai 4 ekor
1 ulas bawang merah (dihiris nipis2) *
Kunyit hidup sebesar ibu jari (dicincang halus)*
Daun kunyit satu helai (diracik halus)
Halia 2cm tebal (dihiris nipis2)*
2 batang serai (dititik)*
10 biji cili padi (dihiris nipis2)*
Santan (1 kotak)
Garam secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Masukkan santan dan air yang secukup dalam kuali.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang bertanda * dan juga ikan keli.
3. Masak sehingga kuah mendidih. 
4. Masukkan daun kunyit dan garam secukup rasa
5. Masak sehingga kuah pekat.
6. Boleh dihidang bersama nasi.

Selamat mencuba!!!

Saturday, January 1, 2011

Fakta nutrisi produk kami

Fakta nutrisi ikan keli kami


Produk kami telah dianalisis oleh pelbagai agensi seperti TPM (Technology Park Malaysia), MARDI dan juga UKM

Analisa oleh TPM

Analisa oleh MARDI

Analisa oleh UKM


Entri pertama 2011

Produk terbaru kami iaitu ikan keli salai yang dijual dlm bentuk kotak (satu kotak 150 ekor dengan RM 0.90 seekor)  

Ikan keli salai
RM0.90 seekor
Selain itu, kami ada menjual dlm bentuk pek yang berharga  RM4.50 satu pek mengandungi 4ekor  bagi pembelian secara borong.
Ikan Keli Salai
RM4.50 /pek