Saturday, January 29, 2011

Resepi dari kilang matkeli!!!

Ikan keli salai masak lemak cili api

Bahan-bahannya:
Ikan keli salai 4 ekor
1 ulas bawang merah (dihiris nipis2) *
Kunyit hidup sebesar ibu jari (dicincang halus)*
Daun kunyit satu helai (diracik halus)
Halia 2cm tebal (dihiris nipis2)*
2 batang serai (dititik)*
10 biji cili padi (dihiris nipis2)*
Santan (1 kotak)
Garam secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Masukkan santan dan air yang secukup dalam kuali.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang bertanda * dan juga ikan keli.
3. Masak sehingga kuah mendidih. 
4. Masukkan daun kunyit dan garam secukup rasa
5. Masak sehingga kuah pekat.
6. Boleh dihidang bersama nasi.

Selamat mencuba!!!

Saturday, January 1, 2011

Fakta nutrisi produk kami

Fakta nutrisi ikan keli kami


Produk kami telah dianalisis oleh pelbagai agensi seperti TPM (Technology Park Malaysia), MARDI dan juga UKM

Analisa oleh TPM

Analisa oleh MARDI

Analisa oleh UKM


Entri pertama 2011

Produk terbaru kami iaitu ikan keli salai yang dijual dlm bentuk kotak (satu kotak 150 ekor dengan RM 0.90 seekor)  

Ikan keli salai
RM0.90 seekor
Selain itu, kami ada menjual dlm bentuk pek yang berharga  RM4.50 satu pek mengandungi 4ekor  bagi pembelian secara borong.
Ikan Keli Salai
RM4.50 /pek

Monday, December 27, 2010

500 Blog utk BA



Nak join pencarian 500 Blog B!!! Apa nak citer pasal diriku ye? Saya blogger baru yg berkecimpung dlm perniagaan ikan keli. Sila klik link sini utk ke blog BA.

Sunday, December 26, 2010

Kolam Ikan Keli Kami

Kami mempunyai 120 buah kolam yang boleh menempatkan 1 juta ekor ikan keli pada satu-satu masa.






Friday, December 24, 2010

200 blog!


Apa-apa je??? 200 blog??? Ikut aje la.... link

Ikan keli ada jual di sini!!!

Sila klik untuk besarkan imej ini

Kami adalah pengusaha ikan keli yang berpusat di Selayang. Kami ada menjual pelbagai produk ikan keli seperti ikan keli segar, ikan keli berempah (resepi warisan Banjar), ikan talapia berempah. dan produk terbaru kami adalah ikan keli salai yang menggunakan teknologi terkini, dijamin bersih dan halal tanpa ragu-ragu kebersihanya. Kami membekalkan ikan keli ke kenduri kahwin, majlis, kedai makan, pasar tani dan lain-lain. 

Ikan keli berempah yang dibungkus


Rempah-rempah yang digunakan dikisar sendiri


Ikan keli yang siap diperap dengan rempah resepi warisan Banjar


Ikan keli  berempah yang siap digoreng

Sila hubungi kami jika ingin mendapatkan produk-produk kami.